Pengikut

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya....



Pada 26 Okttober 2012

Kita menyambut hari raya apa?

Hari Raya Qurban...

Murid-murid bolehlah cuba ikut...

Lembaran Kerja Pekerjaan Beruniform


 


Lembaran kerja Tema Bahasa Melayu.


Ingin Download?               

Selasa, 23 Oktober 2012

Tema Pekerjaan Beruniform

Aktiviti Modul Bertema Bahasa Melayu

Standard Pembelajaran : (BM 3.7.2) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.
Mata Pelajaran yang digabungjalin : (KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
Objektif : Murid dapat membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang jelas.

Mari murid-murid...Kita membaca sambil menyanyi. Kamu tahu lagu Are U Sleeping? Gunakan melodi lagu itu untuk menyanyikan lirik lagu di bawah...

Ini Polis, ini Polis,
Gagah perkasa, gagah perkasa
Mari sama-sama, mari sama-sama,
Jaga Negara, jaga negara

                                                      

Ini Posmen, ini posmen,
Rajin bekerja, rajin bekerja,
Hantar surat merata, hantar ke mana sahaja,
Senyum selalu, riang selalu,


Ini Doktor, ini Doktor,
Sangat bergaya, sangat pintar,
Menjaga kesihatan, menjaga kesihatan,
Orang ramai, orang ramai.

Seronok menyanyi...ulang lagi... 




Isnin, 22 Oktober 2012

Pendekatan Bertema


 Pengenalan

Pendidikan Prasekolah berfokuskan kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. Fokus utama adalah proses P & P yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan bersepadu, bertema , belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual dan pembelajaran berasaskan projek.

Apa itu Model Bertema?

Merupakan satu modul yang disediakan sebagai panduan kepada semua guru dan pengasuh, lebih-lebih lagi kepada guru yang baru menceburi alam prasekolah bagi melaksanakan P & P harian melalui tema yang dipilih dengan menyepadukan semua tunjang.

Mengapa Bertema?

Pengajaran dan Pembelajaran bertema amat sesuai di kelas Prasekolah kerana :
     1. Dapat mendalami topik melalui keperluan kendiri.
     2. Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kritis dan kreatif
         serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui idea- idea
         baru.
     3. Kurikulum akan menjadi lebih menarik dan pelbagai
     4. Dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli kumpulan yang juga
         menggalakkan ciri-ciri kepimpinan serta memahami peranan
         sosial.
     5. Pendekatan untuk menguasai kemahiran dalam suasana yang
         menarik dan  menyeronokkan.
     6. Membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan
         bahan Pembelajaran lebih meluas.

Pemilihan tema berdasarkan keperluan murid, kesesuaian masa, kesesuaian tempat.

Cadangan Tema dan Sub Tema



BIL
TEMA
SUBTEMA
1
Minggu Orientasi
Minggu Orientasi
2
Diri Saya
Perihal Diri Saya
3

Anggota Badan Saya
4

Keluarga Saya
5

Sekolah Saya
6

Kawan Saya
7

Jiran Saya
8

Kebersihan
9

Keselamatan Diri
10

Rumah Saya
11

Emosi Diri
12
Alam Bahan
Makanan
13

Air
14

Pasir
15

Pakaian dan Aksesori
16

Peralatan
17
Alam Hidupan
Haiwan
18

Tumbuh-tumbuhan
19
Alam Sekitar
Sayangi Alam Sekitar
20

Cuaca
21
Dunia Teknologi
Kenderaan
22

Kemudahan Awam
23

Pembinaan
24
Negara Saya
Perayaan di Malaysia
25

Kemerdekaan Negara
26

Lagu dan Muzik Tradisional
27

Seni, Kraf dan Peralatan Tradisional





Jumaat, 5 Oktober 2012

KRT 3013 Tugasan 3 Individu

Arahan tugasan ini ada di dalam link di bawah....

Ingin lihat? Klik lah......

http://www.scribd.com/doc/109148796/tugasan-3

Semoga tugasan ini berjaya dan mendapat tempat dihati semua.....

Sudah dapat?..... silalah KOMEN

Prasekolah Anak Emas 2012

        Pada 01 Januari 2005 Prasekolah Anak Emas 1 telah dilahirkan. Seterusnya pada tahun 2008, Prasekolah Anak Emas 2 diwujudkan oleh kerana permintaan yang menggalakkan sehingga sekarang. Oleh yang demikian, aktiviti serta bahan yang ada di blog ini hasil daripada kedua-dua kelas Prasekolah Anak Emas ini.

Anak-anak Emas 2012



Isnin, 1 Oktober 2012

Pelangi Perjuangan Kehidupan

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

     Blog ini hasil daripada Tugasan peribadi KRT 3013 Teknologi untuk Maklumat Sekolah Rendah bagi Sem 1 2012/2013. Tugasan ini memerlukan sokongan serta maklum balas daripada para pelawat blog yang saya cuba jayakan ini.
       Blog PrasekolahAnakEmas diambil semperna nama prasekolah yang saya ajar pada masa ini. Ianya bagi memudahkan para pengunjung mengenali bukan hanya tentang saya malah mengenali Prasekolah Anak Emas. Selain itu, para pelawat blog ini juga diharapkan dapat memperolehi ilmu serta bahan yang berguna untuk kehidupan seharian walau dalam apa jua keperluan.
     


Related Posts Plugin, Blogger...